Home

Advertisement

Customize
23 September 2008 @ 09:56 am


Di saat waktu berhenti, kosong
dimensi memutarkan mata memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi terkam menerka

saat kehadiranmu
ku amati segala tingkahmu, ucapanmu
ku rasakan ia sebati dengan sebatian jiwaku

Sayang,
pada dimensi ku renung jauh
agar kita dapat bersama selamanya
dikala tiada manusia memerhati
hanya Tuhan menjadi saksi

aku cinta padamu sepenuh hati
seluruh jiwa, sebanyaknya
setiap zarah yang hadir di muka bumi
sehingga kau bosan menghitungnya

Cintalah aku sebagaimana kau menyintai dirimu
jagalah aku sebagaimana kau menjaga maruahmu
kerana aku tahu, di saat ini
ku amat memerlukan dakapan mesra penuh kasihmy
buat selamanya, hidup bersama nyawaku

Jam 0123
230908

 
 
23 August 2008 @ 10:56 pm
Oh, yeah, oh, yeah


If the heart is always searching
Can you ever find a home?
I've been looking for that someone
I never make it on my own


Dreams can't take
The place of loving you
There's gotta be a million reasons
Why it's true


When you look me in the eyes
And tell me that you love me
Everything's alright
When you're right here by my side


When you look me in the eyes
I catch a glimpse of heaven
I find my paradise
When you look me in the eyes


How long will I be waiting
To be with you again?
I'm gonna tell you that I love you
In the best way that I can


I can't take a day without you here
You're the light that make my darkness disappear


When you look me in the eyes
And tell me that you love me
Everything's alright
When you're right here by my side


When you look me in the eyes
I catch a glimpse of heaven
I find my paradise
When you look me in the eyes


Movin' on, I start to realize
I can reach my tomorrow
I can hold my head up high
And it's all because you're by my side


When you look me in the eyes
And tell me that you love me
Everything's alright
When you're right here by my side


When I hold you in my arms
I know that it's forever
I just got to let you know
I never wanna let you go


'Cause when you look me in the eyes
And tell me that you love me
Everything's alright
When you're right here by my side


When you look me in the eyes
I catch a glimpse of heaven
Oh, I find my paradise
When you look me in the eyes, oh, yeah, ah
 
 
20 June 2008 @ 02:53 pm

Bayu angin bagaikan meniup pemergiannya. Hari pertama menjejakkan kaki di situ, mengingatkannya segala titik peluh, usaha pakciknya menjual hasil tanah di pasar. Begitu perit. Dia juga pernah membantu pakciknya. Berapa sangatlah keuntungan yang mereka dapat hasil tanaman  ubi di belakang rumah. Kini, dia ingin membantu pakciknya. Berusaha di universiti terkemuka tanah air, bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kesabaran dan ketekunan untuk menempuh segala cabaran di situ. Ribuan manusia membanjiri kawasan pendaftaran itu.

 

Bayu angin bagaikan meniup pemergiannya. Hari pertama menjejakkan kaki di situ, mengingatkannya segala titik peluh, usaha pakciknya menjual hasil tanah di pasar. Begitu perit. Dia juga pernah membantu pakciknya. Berapa sangatlah keuntungan yang mereka dapat hasil tanaman  ubi di belakang rumah. Kini, dia ingin membantu pakciknya. Berusaha di universiti terkemuka tanah air, bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kesabaran dan ketekunan untuk menempuh segala cabaran di situ. Ribuan manusia membanjiri kawasan pendaftaran itu.

 

      Haikal lemas dalam ribuan manusia. Dgn bagasi penuh di tgn.. Haikal masih terkapai2 mencari meja pendaftaran. Lelah di dada membantuti usahanya, dia segera mendapatkan kerusi. Terlihat barisan yg panjang dihadapan meja pendaftaran.. membuatkan hati Haikal bergetus,lalu Haikal menghela nafas berat.  Dalam kekecewaan itu,mata Haikal tajam merenung sesuatu. Diamatinya dalam2. Seorang gadis bertudung hitam,bertubuh kecil..matanya bundar..dia tetap manis meskipun tanpa seulit mekap dan secalit gincu dibibirnya. Berbaju kurung. lalu gadis itu menguntumkan senyuman buat Haikal.

         Haikal segera terjaga dari lamunan nya pabila jeritan comel memanggilnya,  "abg Haikal.....!"kelihatan Umairah berlari mendapat kan Haikal..

          Haikal tersenyum dan merangkul anak itu. Haikal menoleh dan cuba mencari gadis tersebut,tetapi dia sudah pun hilang dari pndgn...

 

                Haikal hairan. Gadis itu bagaikan memberi satu aura yang istimewa padanya. Terasa meremang bulu romanya sebentar. "Hantu? Heiish.. tak mungkin hantu di siang hari. " Dia bertutur di dalam hati. "Aku bagaikan pernah mengenalinya.. Tak apalah~! Mungkin perasaan saja," sambungnya.

"Kamu pergi ke mana, tadi?" panggil Encik Baharom, pakcik Haikal. Haikal sedang memeluk Umairah, anak gadis Encik Baharom. Haikal meminta Encik Baharom menemaninya mendaftar. Ialah, tak mungkin dia mendaftar bersendirian tanpa pakciknya. Sedangkan wang mendaftar semuanya diberikan oleh pakciknya. Tak mungkin dia menjadi anak yang tidak berjasa. Pakciknya malu. Berpakaian selekeh, itu hanya akan memalukan Haikal. Tetapi, Haikal tidak peduli. Dia tidak sanggup meninggalkan pakciknya.

 

"Penat betul saya. Orang begitu ramai. Pakcik duduklah dahulu. Kesian kat Umairah ni.. Kan?" Umairah hanya mengangguk sambil ketawa. Encik Baharom melabuhkan punggung di sebelah Haikal. Mereka berbicara mengenai prosedur yang perlu dilakukan ketika pendaftaran. Apabila Haikal nampak kekosongan di hadapan, dia lantas pergi ke meja pendaftaran. Kerisauan Encik Baharom pudar. Haikal nampak begitu matang sekali menguruskan pendaftarannya. Encik Baharom tersenyum.

 

Setelah selesai urusan pendaftaran, Haikal dibawa ke biliknya. Ada 3 buah katil kosong. Bermaksud masih ada 3 orang lagi rakan sebiliknya yang belum masuk. Mungkin mereka masih mendaftar. Sebuah bilik memuatkan 4 orang pelajar,dan menempatkan 4 buah katil,sebuah katil sudah bertuan,tetapi kemanakah agaknya rakan sebiliknya itu. Mungkin masih bersama keluarga agaknya. Haikal termangu seketika,pilihan nya ini bakal menentukan kedudukan nya sepanjang tahun itu. Haikal segera meletakkan beg dikatil pilihannya. Haikal terduduk, saat ini Haikal amat merindui ibunya, begitu juga Nurul, tidak putus2 mendoakan kesejahteraan anaknya.

 

Nurul bimbang, anaknya itu tidak dapat membawa diri di kota cahaya itu. Kuala Lumpur,satu nama gah yg tidak asing lagi. Juga menempatkan puluhan Universiti terkemuka Malaysia, Haikal ditempatkan di Universiti Malaya. Dia melanjutkan pelajaran bagi Matrikulasi Sains Hayat. Betapa Nurul bangga akan hal itu. Haikal tidak berlengah,dia segera mengemas beg pakaiannya,satu demi satu disusun keluar. Sedang leka menyusun. Satu sampul surat jatuh dari salah satu pakaian yg di kemas tadi.

 

Haikal segera mengutip surat tersebut, dan dgn sifat ingin tahu, Haikal membelek surat tersebut. Terdapat bauan zaitun, teringat Haikal akan ibunya, Nurul. Ibunya gemar membelai rambut dgn minyak zaitun. Lalu dikoyaknya perlahan, baris pertama terpacul keluar dari bibirnya.

 

Kehadapan anakanda ku,

Muhd Haikal Ajmi Bin Roslan....

 

Hatinya sudah dipaku rasa pilu. Entah kenapa buat sekalian kalinya, Haikal merasakan sebak sebelum membaca surat. Haikal terus membaca bait-bait pesanan ibunya, tanpa disedari air mata Haikal gugur. Meninggalkan ibu jauh di Kedah, adalah sesuatu amat berat bagi nya. Air matanya terus gugur, betapa cinta anak muda itu pada orang tuanya. Ingatan Haikal bersama keluarga bagaikan dicelur kembali.

 

Memori Haikal yg sudah jauh terbang dari kampusnya tersentak apabila seseorang memberi salam. Seorang lelaki, ditemani seorang wanita yang agak berumur masuk ke bilik. Haikal sempat bersalam dengan lelaki itu, dan menguntum sebuah senyuman penuh ikhlas kepada wanita itu. Lelaki itu akan menjadi rakannya sepanjang semester ini. Lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai Hazieq, dan wanita itu adalah ibunya. Haikal tahu itu. Haikal sudah dapat mengagak apabila melihat kemesraan wanita itu dan rakan barunya itu. Selepas mengemas semua pakaian dan barang-barang keperluan dirinya, Hazieq turun ke bawah bersama ibunya.

 

                 Haikal dapat merasakan ada air jatuh dari matanya. Dia menangis. Begitu rindukan ibunya. Dia tidak menyangka ibunya akan menyelitkan wakah itu di dalam begnya. Haikal meneruskan pembacaannya. Berkali-kali. Kadang-kadang tersenyum, kadang-kadang kelihatan takungan air dalam kolam matanya. Usai puas membaca,  barulah dia sedar ada lagi dua orang rakan baru masuk. Doa menyimpan warkah itu.  Encik Baharom sudah pulang sebaik sahaja Haikal selesai mendaftar. Haikal meminta agar Encik Baharom tidak risau padanya. Dia berjanji akan menjaga keperibadian dirinya dan berusaha menimba ilmu di sini.

 

                Haikal memperkenalkan dirinya dan berbual mesra dengan mereka.

 
 
15 June 2008 @ 10:42 pm
Hurm.. How im gonna start the story.. 
well.. maybe it is too early to tell her about it, but i'm sure i didnt made mistakes..
I'm just telling her how my present day's feeling, and all..
and im so depressed now.. confessing a mistakes is really bring me down.. 
waaaa~! i wanna cried loud, but i can't.. its very long term, since im cried.. now?
just in my heart.. 

i don't know her much, but i believe in her.. i tell all my goods and sins.. everything~
arghh~! i dunno it will became this bad.. wany.. i'm really felt guilty.. 
but.. i dont want you to be sad.. i don't want tell this to you..
about this journal.. it's my secret.. and.. i dunno if i want to tell others bout this page..

hurm~ my life is just full with critics and unthankful?? bcoz this is me~! 
seems good outside, but bad inside~!
heh. im really tired.. the intake also coming nearer, nearer.. 
28june.. its just 2 weeks from now..

yesterday, me and my friend went to Batu Feringgi beach, convoi together,
 having a picnic, 28 people.. 
20 students, 4 lecturer, and their daughters and son... 
hurm..... its going very well.. we(students) have to make a kite(2m x 2m) woooah.. so huge!
but just 3 group of us can flight it.. hurm~ my group cant fly it.. waa... huhuhuhu~
i'm very jeloused to them.. but then.. what im very jelous is.. the 3 hot couple.. wahahahaha..
im seemed to missed my girl... wa.. 
when the dj play the Salam Sejahtera song, 
im trying to imagine the time we together...
humm... missed u girl..
wany~ luv you!
Tags: , ,
 
 
Current Mood: bitchy
 
 
For now, I just can write this short stories(although it 's in Malay).. I'm really busy working and studying..
I'll add more posts and short stories after!


2.24 p.m. 20.04.2008
Puteri.. betapa aku mahu kau tahu bahawa aku amat cinta padamu.
Betapa aku mahu kau tahu bahawa aku sayang padamu lebih daripada aku
menyayangi diri aku sendiri. Harapan hanya tinggal harapan. Harapan
untukku hidup bersamamu punah berkecai bersama-masa dengan memori kita bersama. Adakah kau tahu, tujuan aku bersahabat denganmu adalah untuk hidup bersamamu? Tapi, setelah 4 tahun, 4 tahun itu aku mendidikmu mengenai cinta sesama insan, kau berpaling daripadaku. Kau cari insan lain. Aku tahu, kau tidak pernah melafazkan cintamu padaku.


Aku tahu itu. Mungkin aku sahaja yang tergila-gilakanmu. Bukan mungkin, MEMANG! Saat ini, aku ditolak cintamu, tak kusangka begini teruk. Kau juga pernah mengingatkanku dalam puisimu agar hubungan kita hanya sekadar kawan, sahabat. Tak lebih dari itu. Aku tahu, dan aku cuba untuk memiliki hatimu. Cuba mengalahkan si dia. Tapi ku tak sangka begini cepat aku kalah. Adakah tidak ada ruang dalam hatimu untukku? Sahabatku yang lain menasihati agar aku melupakanmu. Bolehkah aku? Mungkin mengambil masa yang panjang.


Tapi, saat ini, aku begitu merinduimu wahai Puteri. Aku sedar hal ini sudah lama. Sejak aku tahu kau berutus surat dengannya. Tetapi saat itu kau memberitahuku untuk tidak memikirkan perkara ini. Aku percaya padamu. Aku percaya. Sehinggalah selepas kita berjaya menamatkan peperiksaan awam, aku sudah tidak sabar lagi memilikimu. Had-had masa kita telah berlalu. Kini, tinggal masa untuk kau mengabulkan janjimu. Aku sayang padamu Puteri. Amat sayang! Engkau memberiku semangat hari demi hari di samping senyuman ikhlasku walaupun kau tidak melafazkan kata-kata cinta. Cukuplah "sweetheart", "dear" bermain di bibirmu. itu cukup menggembirakan aku.



Entah bagaimana, di saat aku betul-betul dilamun cinta, tiba-tiba Afiqah menelefon aku, bertanya mengenai hubunganmu dengan seseorang. Aku sudah sangsi. Betulkah aku sudah ditipu? Atau aku yang buta menilai hubungan? Aku rungsing. Puteri yang ku kenal lama, beginikah? Aku membuat keputusan untuk bertanya padamu hal ini. Tak kusangka, kejujuranmu memusnahkan segala impianku. Tak mungkin aku lupa soalan itu. "Adakah hati awak telah dimiliki seseorang?" Dan jawapanmu, "A'a.. Naper.. Sowi ek.." Maaf? Begitu senang? Puteri... puteri.. adakah kau tahu, kau telah menghancurkan sekeping hati yang mencintaimu sepenuh hati? Pedih, pilu hatiku untuk mengakuinya. Namun apakan daya, aku telah kalah dalam perjuangan ini.



Kau sendiri menyebutkan, kau menyintainya lebih dariku. Kau menyayanginya lebih dariku. Apa maknanya lagi jika aku masih menyintaimu? Aku sanggup berundur, wahai Puteri. Sanggup berusaha meninggalkanmu. Tapi tak secepat ini. Hari ini adalah hari ke-3 aku berpisah denganmu. Hilang sudah hari-hari ceriaku. Sunyi sahaja hatiku. Sunyi betul telefon bimbit aku. Andai kau mahu aku membuang segala barang yang memahat memori kita bersama, ia termasuk telefon bimbit aku ini.



Wahai Puteri, percayalah, setiap kali aku melihatnya, terkenang aku wajahmu. Tidak.. tidak! Janganlah engkau meminta aku membuang segala memori kita bersama! Awak mahu tahu sesuatu? Ada satu hari itu aku bertanya padamu, apa perbezaan antara aku dengannya.. Dan kau jawab kematangan peribadi dan pemikiran bukan? Ya, aku mengaku itu. Dan kau tahu lagikah perbezaan paling besar antara kami berdua? Dia mempunyai sahabat karib tetapi aku tidak. Ya, itu! Tahukah kamu siapakah sahabat baik aku? Aku tidak tahu siapa lagi selainmu. Yang dapat ku luahkan segala isihati padamu. Tetapi aku kecewa. Segala luahan hatiku, engkau beritahu ia memenatkanmu.


Heh! Di saat aku memerlukan, aku sentiasa kehilangan sahabat baik. Begitu lucu sekali suratan takdirku! Bak katamu, mungkin ini satu hikmah dari Ilahi. Puteri.. tolonglah.. aku memerlukan seseorang sepertimu.. Yang memahamiku seadanya.. Tetapi kini, kau telah pergi membawa diri bersama orang yang kau sayang, orang yang kau kasih. Aku amat sedih.. Orang yang memberiku cahaya, telah menggelapkan hidupku..


Wahai Puteri, Aku tak mahu kau bersedih, justeru aku tidak akan memberikan surat ini padamu. Cukuplah sekadar simpanan buat tatapan diriku, memberiku inspirasi dalam hidup. Puteri, aku akan berubah! Aku tahu, aku tidak layak bersamamu. tetapi, aku akan pastikan aku amat layak untuk hidup bersama kekasihku kelak. Wahai puteri, kau tunggu sahaja perubahanku, aku akan buktikan padakau berdua. Jangan kau menyangka aku lemah walaupun aku agak emosi dalam cinta.


Ya! Memang! Aku mengaku itu! Ini janjiku padamu! Walauku tahu, hidupku tidak lama di dunia, tetapi aku mahu kau tahu, aku masih lagi boleh meneruskan hidupku tanpamu.. Aku doakan kau bahagia disampingnya. Sahabat baikku.. Jemputlah aku di hari perkahwinanmu. Dan, andai kau berpisah dengannya, janganlah kau datang semula padaku, kerana pada hari ke-3 ini, benih benci dan kecewa, telah berputik dalam hatiku..

4.25 p.m. 20.04.2008 
 
 
 
 

Advertisement

Customize